KEJAYAAN satu kebahagiaan,



kegagalan satu PENGAJARAN,



kehidupan sebagai hamba ALLAH,




untuk mencari AMAL DAN BEKALAN yang mencukupi,




di bawa bersama-sama ke dunia ALLAH.......






ayuh hidupkan IMAN dengan




ISLAM TERCINTA.....

Thursday, December 22, 2011

permulaan dan pengakhiran yang belum pasti

maksud  tajuk  di atas  ialah  apa  yang  akan  berlaku  kepada  kita...iaitu  yang  sudah  tercatit  di loh mahfuz  ALLAH  SUBHANALLAH.....................................

*_* FIRSTLY.............rezeki , jodoh  dan  ajal  itulah  yang  telah  tercatit  di  loh  mahfuz  ALLAH
jom  kita  berbicara  mengenai................................

1.REZEKI
 rezeki  datang  dari  pelbagai  sudut  dan  cara.....kita  tidak  boleh  mengeluh  @  merungut  dengan  rezeki   yang  diberikan  oleh  ALLAH  tetapi  kita  perlu  mensyukuri  nikmat  dan  dugaan  yang  diberikan...mana  tahu  ALLAH  hendak  menguji  kita....ALLAH  sebenarnya  sayang  akan  makhluk  ciptaanya.....bagai  menatang  minyak  yang  penuh....ALLAH  tidak  akan  memberikan  ujian  yang  sangat  berat  kepada  makhluk  ciptaanya  jika  seseorang  itu  tidak  mampu  untuk  menanggungnya.....ALLAH  maha  mengetahui  apa  yang  kita  pendam  dan  rasa....ALLAH   itu  ada....'barang  siapa  tidak  mempercayai  ALLAH  DAN  AGAMA  ISLAM  maka  dia  tergolong  dalam  golongan  yang  rugi  serugi-ruginya....




sayang  ALLAH  bemakna  kita  sayang  akan   makhluk   lain  ciptaanya




2.JODOH
berbicara   mengenai  jodoh  memang  ramai  yang  menunggu-nunggu  siapakah  jodoh  mereka.....sejak  dari  azali  lagi...ALLAH  telah  tetapkan  siapa  calon  yang  akan  hidup  semati  dengan  kita...tetapi  zaman  sekarang  sangat  berbeza  ramai  yang  terlalu  mengikut  hawa  nafsu  dan  jejakan  syaitan...kenapa  mereka  jadi  sedemikian....oleh  itu, walau  dimana  kita  berada  walau  di  hujung  dunia...iman  dan  akidah  kepada ALLAH  kita  perlu  jaga...jangan  sampai  iman  kita  gopoh  sedikit  dengan  pujukan  dan  godaan  syaitan  laknatullah  itu.......................biarlah  orang  mengata  kita  ketinggalan  zaman  kerana  tidak  mengikuti  peredaraan  zaman  dengan  gaya  fesyen  terkini, trend  hidup  dan  pergaulan  yang  bebas...biarlah  kita  tidak  ada  semua  itu...sesungguhnya  ALLAH  ingin  melindungi  kita  dari  melakuan  kekufuran...

                       SINGLE=ALLAH  ingin  melindungi  kita dari  membuat  kekufuran  dan  ALLAH  ingin
                                       kita  mengapai  cita2  kita  dahulu....                                                  
                       COUPLE=ALLAH  ingin  menguji  keimanan  kita  sama  ada  kita  terperangkap  dengan          
                                        nafsu  syaitan dan mengajar  kita  erti  kesetiaan
                       ENGAGED=ALLAH  ingin  menguji  kita   sama  ada  kita  berjaya  untuk  mengawal                                                   
                                            perasaan  dan   kesabaran....serta  godaan  syaitan.....
                       MARRIED=ALLAH  ingin  kita  mengetahui  tanggungjawab  yang  telah  diamanahkan  
                                          kepada  setiap pasangan  suami  isteri  itu....

jadi....proses  itu  akan  kita  tempuhi  cuma  masa  dan  perbezaan  mengubah  segalanya.....
oleh  itu,janganlah  terlampau  risau  akan  jodoh  yang  dinantikan...insyaALLAH  dengan  izin  ALLAH...jodoh  itu  pasti  ada....amin......


teruslah  mencintai  ALLAH , cinta  ALLAH  itu   kekal  dan  tidak  pernah  mati


 

3.AJAL
ajal  itu  pasti  berlaku  kepada  setiap  orang  cuma  tunggu  masa  dan  tika  ia  akan  terjadi.....tidak  kira  tua  dan  muda , berupaya  atau  tidak  jika  malaikat  pencabut  nyawa  datang  maka  ia  akan  pergi......memang  sangat  menakutkan  dan  sakit  sangat  untuk  melalui  kematian...apakan  daya  kita  manusia  biasa  tiada  kuasa  yang  hebat  selain  ALLAH  yang  satu.....................memang  menakutkan  jika  kita  baca  di  internet , surat  khabar  dan  tengok  TV...tentang  kematian  yang  sangat  tragis  dan  mengerikan...itulah  ialah  takdir  ALLAH  kita hanya  mampu  merancang  tetapi  ALLAH  yang  menentukan  segala-galanya.....biarlah  kita  mati  dalam  iman  janganlah  kita  mati  jika  ALLAH  murka  kepada  kita...jagalah  sikap,tingkah  laku  dan  adab  kita  terhadap  ALLAH.....janganlah  sesekali  kita  melupakan  DIA......ingat tiada  yang  lebih  berkuasa  kecuali  ALLAH  SUBHNALLAH....




dari  ALLAH  kita  datang ,dari  ALLAH  kita  kembali

wahai  manusia  kita  bukan  sempurna  janganlah  kita  terlalu  megah  dengan  kehidupan  dunia  ini....tapi  kita  megahlah  di  dunia  akhirat  dengan  amalan  dan  ibadah  yang  kita  kumpul  di  dunia  ini.....insyaALLAH......






Wednesday, June 8, 2011

mengapa kita diuji,disebalik ujian itu pasti ada hikmahnya

Semua manusia di muka bumi ini dalam apa peringkat sekalipun tidak terlepas daripada ujian Allah. Raja diuji, rakyat diuji, orang besar diuji, orang kecil diuji, orang perempuan diuji, orang lelaki diuji, orang jahat diuji, orang baik-baik pun diuji. Semua manusia tidak akan dapat mengelakkan diri mereka daripada diuji.

Ujian itu berbagai-bagai pula bentuknya. Bahkan seribu satu macam ujian datang menimpa dan datang dengan tidak disangka-sangka. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kesakitan, bencana alam, kejahatan manusia, fitnah, dengki, penyakit bawaan haiwan, bahaya yang datang dari makanan, bahkan adakalanya ujian perasaan. Kadang-kadang perkara-perkara yang tidak terfikir dan terduga dek akal pun boleh menjadi ujian kepada manusia.

Ujian demi ujian datang menerpa. Isteri memudharatkan suami, suami memudharatkan isteri. Anak memudharatkan ibubapa, ibubapa memudharatkan anak-anaknya. Murid-murid memudharatkan guru, guru-guru memudharatkan murid-muridnya. Adakalanya kenderaan memudharatkan manusia. Harta juga sering memudharatkan tuannya sebagaimana pangkat dan kuasa memudharatkan pemiliknya. Paling menyedihkan apabila sahabat mengkhianati sahabatnya. Malah lebih malang lagi ialah apabila pendakwah menabur fitnah kepada pendakwah yang lain!

Ujian, mehnah dan tribulasi adalah lumrah di dalam Sekolah Kehidupan ini. Kalau memang sudah begini hakikatnya, alangkah baiknya jika ketika kita diuji dalam keadaan kita mentaatiNya daripada diuji dalam keadaan kita menderhaka kepadaNya. Ini kerana sudah tentu ujian dalam keadaan kita mentaatiNya itu pasti akan mendapat redha Allah selain mendapat darjat dan pangkat di dalam Syurga. Kalau dalam derhaka kemudian diuji juga, maka rugilah di dua negeri. Di negeri dunia mendapat kesusahan, di negeri Akhirat sana Neraka pula menjadi balasan. Na’uzubillahi min dzalik.

Apabila menyebut tentang ujian, maka renungilah falsafah bermakna yang digali rahsianya dari Kitab Suci Al-Qur’an Al-Karim berikut. Hayatilah ia dengan mata hati, semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Amiin.

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)

Saturday, March 5, 2011

belajar sehingga ajal menjemput

tak kira kita di mana di sekolah,universitie,luar negara,di rumah,di pokok,di sungai,di atas awan.di bawah tanah di permukaan bumi,,,,,,,,,,,,,,kita belajar untuk mengkaji dan menghargai ilmu ALLAH....belajarlah sampai hayat kita menjemput jangan kita jadi jahil kerana ilmu....  
Tip 1
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.
Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.
Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.
Tip 7
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
Tip 8
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
Tip 10
Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
Tip 11
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
Tip 12
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
Tip 13
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
Tip 14
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
Tip 15
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.
Tip 16
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.
Tip 17
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.
Tip 18
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.
Tip 19
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.
Tip 20
Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.
Tip 21
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.
Tip 22
Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
Tip 23
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.
Tip 24
Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.
Tip 25
Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.
Tip 26
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.
Tip 27
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
Tip 28
Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.
Tip 29
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.
Tip 30
Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.
Tip 31
Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.
Tip 32
Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.
Tip 33
Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.
Tip 34
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.
Tip 35
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.
Tip 36
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.
Tip 37
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.
Tip 38
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.
Tip 39
Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.
Tip 40
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.
Tip 41
Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Tip 42
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
Tip 43
Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.
Tip 44
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.
Tip 45
Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.
Tip 46
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
Tip 47
Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.
Tip 48
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
Tip 49
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.
Tip 50
Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.
Tip 51
Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.
Tip 52
Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.
Tip 53
Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.
Tip 54
Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.
Tip 55
Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.
Tip 56
Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.
Tip 57
Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.
Tip 58
Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.
Tip 59
Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.
Tip 60
Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.
Tip 61
Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

Monday, February 28, 2011

aku keliru dan keliru,keliru

aduhh exam hampir mendekat hati aku berbelah bagi ya allah...aku tidak sanggup untuk berhadapan situasi mcm ini..
apakah tindakan yang aku harus buat,aku ini teruk2 lahh ehmmm...
rase nk jerit jerr bg hancur rumah ini ...huhu kalo dpat pegi maxwell hill n jerit2 sekuat2 hatiy ini..
ehmm lega kot...huhuhu
ada perasaan bersalah,berbohong,berdusta,ber2 aper lagi...
teruk nya aku ini...
apa yang aku perlu buat ya allah aku x dpat lagi hidayah mu..
atau aku ini memang x layak huhuhu.......
aku terfikir2 dan terus berfikir kenapa aku diberi ujian sebegini....................
aku tahu allah tengah mengujiku dan cuba untuk sampaikan sesuatu kepadaku yang aku sendiri tidak tahu .............
apa yaaaa.........
aku nak sangat berada disisi allah kerana aku rasa sangat tenang disisinya.....
dan bahagia tanpa gangguan lain............
ya allah aku sentiasa berdoa supaya aku sentiasa kuat dan berani untuk menghadapi cubaan ini dan dugaan ini........................................

Sunday, February 13, 2011

take care your hearts

Hati merupakan tempat pandangan Allah. Hati diibaratkan sebagai pakaian yang kita gunakan. Kita akan selalu membersihkan pakaian yang kita gunakan lantaran akan dilihat oleh orang lain. Bagaimana pun juga, orang akan menilai kita dari pakaian yang kita gunakan.
Begitu pun dengan hati. Allah akan melihat siapa kita melalui hati. Untuk itu, senantiasalah menjaga hati agar selalu bersih seperti kita menjaga pakaian kita agar selalu indah dipandang orang lain.
Demikian disampaikan oleh Syekh Khaleel Lafi Al-Harbi, ulama besar Madinah, disela-sela kunjungannya ke Masjid Salman ITB pada hari Rabu, 1 Juli 2009 lalu. Didampingi oleh Syekh Ibrahim Mohammad yang berasal dari Makkah, Syekh Khaleel berkesempatan memberikan tausiah kepada jamaah Salman tentang pentingnya menjaga hati.
Lebih lanjut, Syekh Khaleel mengatakan bahwa hati orang yang bersih, tercermin dari bersihnya jasad. Bagaimana pun juga, di dalam tubuh setiap manusia, terdapat segumpalan daging yang bernama hati. Bersih atau kotornya hati, menentukan sifat manusia yang memilikinya.
Untuk meyakinkan perihal hati yang bersih, Syekh Khaleel mengajak jamaah Salman untuk mempertanyakan mengenai hati dan hidup di dunia. Beliau mempertanyakan tentang definisi kehidupan yang berkaitan dengan hati. “Bila hati kita hidup tetapi jasad kita diam, apakah itu kehidupan atau kematian? Bila hati kita mati tetapi jasad kita bergerak, apakah itu kehidupan atau kematian?” tegas Syekh Khaleel .
Bagaimana pun juga, lanjut Syekh Khaleel , kehidupan kita ditentukan oleh kualitas hati kita masing-masing. Beliau mengilustrasikan dengan menceritakan perihal temannya yang dirawat di rumah sakit di Madinah. Sang teman selalu mengeluh setiap waktu.
Namun, di tengah keluhan temannya, seseorang di kamar lainnya, tengah bersyukur dengan mengucapkan kalimat dzikir. Ketika ditengok, ternyata orang tersebut tidak memiliki kaki dan tangan. “Apakah ini kehidupan atau kematian?” tanya Syekh Khaleel kepada jamaah.
Cara Menjaga Hati
Sebelum mengakhiri tausiahnya, Syekh Khaleel berpesan kepada jamaah Salman untuk senantiasa menjaga kebersihan hati. Pesan yang pertama, adalah bersihkan hati dari syirik. Hal ini bisa dilakukan dengan menguatkan ketauhidan. Caranya pun cukup mudah, yaitu dengan menundukan hawa nafsu.
Pesan yang kedua adalah membersihkan hati dari kesombongan. Hal ini bisa dilakukan dengan mencoba bersikap rendah hati dan tidak melihat dirinya lebih baik dari orang lain. Dalam hal ini, Syekh Khaleel mengajak jamaah untuk memohon kepada Allah agar menumbangkan pohon kesombongan yang tumbuh dalam hati.
Pesan yang ketiga, Syekh Khaleel juga mengajak peserta untuk membersihkan hati dari iri dan dengki. Meskipun begitu, iri dan dengki diperbolehkan asal digunakan dalam kebaikan.
Selain ketiga pesan tersebut, Syekh Khaleel juga menegaskan jamaah untuk senantiasa memeriksa hatinya masing-masing. Selain itu, dirinya juga menekankan kepada jamaah untuk senantiasa berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar hati kita dibersihkan oleh-Nya. Bersungguh-sungguh untuk membersihkan hati dan bersahabat dengan orang-orang yang baik, juga menjadi dua hal yang harus dilakukan manusia agar hatinya bisa tetap bersih.

Monday, January 31, 2011

adakah ini lelaki soleh

BILA LELAKI MENJADI DAYUS????

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. 






Sunday, January 30, 2011

MencintaiMU ssemampuku

MencintaiMu semampuku...........


Rabbii,Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar,yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanyameninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.Atau layaknya Umar yang menyerahkan separo harta demi jihad.Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dienMu.

Izinkan aku mencintaiMu,melalui seratus-dua ratus perak yang terulur pada tangan-tangan kecil diperempatan jalan,pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di pojok-pojok jembatan.Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ilaahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya shalat salah seorangshahabat NabiMuhingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya.Karena itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,dalam shalat yang coba kudirikan terbata-bata,meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.

Robbii, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib,yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rekaat lailku.Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah napas kepasrahan tidurku.

Yaa, Maha Rahmaan,Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah,yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawahharianku.Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.

Yaa RahiimAku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah,yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DienMu.Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu.Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkansedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.

Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaranbagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya,bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya,dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku,dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alamsemesta.Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjangnadiku.